Skip to main content

Call hotline insurans, jika kereta breakdown.


ANTARA PERKARA YANG SERING JADI.

1. Tayar pecah atau bocor. Tapi tak reti tukar tayar. Takpun, tayar spare pun bocor.

2. Temperature naik. Enjin & radiator berasap.

3. Enjin tiba-tiba tak boleh start masa nak pergi kerja atau masa nak balik kerja.

4. Bateri kereta kong. Nak jump start takda kawan. Kawan & sedara semua busy kerja.

5. Minyak habis. Enjin kereta terus terpadam. Sangkut tepi jalan sorang2.

Jika perkara ni berlaku pada anda, call je hotline number insurans. Dalam masa 30 minit tow truck akan datang bantu anda.

Perkhidmatan ini adalah PERCUMA. Anda tak perlu bayar apa-apa pada abang tow truck tu. Tapi kalau nak sedekah jugak seikhlas hati, itu terpulang pada anda. Makin bertambah rejeki.😊

Apa nombor hotline insurans tu?

Takaful Ikhlas : 1-800-88-1186
EtiQa Takaful : 1-800-88-6491
Takaful Malaysia : 1-800-88-3323
Zurich Takaful : 03-7628 3773
Kurnia Insurance : 1-800-88-3833
Allianz Insurance : 1-800-88-1028
AXA Affin Insurance : 1-800-88-1033
Liberty Insurance : 1-800-88-8990

(Sila save nombor diatas sekarang)

Untuk pengetahuan anda, perkhidmatan ni boleh cover dimana saja kereta anda breakdown.
Sama ada di parking rumah, office, highway, kat kampung atau di mana saja.

Perkhidmatan ni percuma 100km towing.
Maksudnya, dia akan hantar kereta anda ke workshop/service centre yang berhampiran dengan lokasi kejadian atau bawa kereta tu pulang ke rumah anda.

PERHATIAN, perkhidmatan ini hanya untuk insurans 1st party (comprehensive plan) sahaja.

Kepada mereka yang amik 3rd party masa renew insurans & roadtax, anda tak dapat menggunakan perkhidmatan ini.
Sebab tu la saya tak galakkan pelanggan saya ambil 3rd party insurans.

Sila share untuk senang nak refer nanti.😊

Admin,
Nak Renew

Comments

Popular posts from this blog

Tukar cermin baru guna insurans kereta.

TOYOTA HILUX 3.0 CERMIN RETAK Ni kereta customer saya. Masa renew roadtax hari tu, dia ada amik sekali siap cover cermin. So, baru-baru ni cermin dia retak sebab terkena batu. Dia tanya saya macam mana prosedur untuk claim cermin guna insurans kereta dia. Saya minta dia sediakan beberapa dokumen dan bawa kereta tersebut ke alamat yang saya bagi. Alhamdulilah, cermin kereta siap pasang dalam masa sejam lebih. Dapat sekali tinted baru. Dokumen yang diperlukan :- 1. Copy IC owner depan belakang. 2. Copy lesen memandu owner depan belakang. 3. Copy geran kereta. 4. Cover note insurans kereta. Dia cuma perlu bawa kereta dan dokumen je. Tak perlu bawa cash. Paling best dapat sekali tinted. So, tak perlu pening-pening nak keluar duit lagi untuk pasang tinted. Kepada mereka yang duduk atau kerja area Klang, Setia Alam atau Shah Alam tapi takda masa nak bawa kereta pergi tukar cermin, ada berita best untuk anda..!! Kedai specialist windscreen yang saya selalu deal ni, dia ...

Roadtax kereta anda mati bulan ni atau bulan depan?

SIAPA KAT SINI ROADTAX KERETA DIA MATI BULAN NI DAN BULAN DEPAN. Nak tau berapa bajet perlu standby untuk renew roadtax kereta? Nak roadtax delivery terus ke rumah atau tempat kerja? klik sini untuk terus whatsapp  saya. Sekarang dah ada sistem mudah. Tak perlu susah save nombor saya untuk whatsapp. Klik sini untuk terus whatsapp  saya. Saya akan reply secepat mungkin dan bagi kiraan (quotation) pada anda.